Faizal catat sejarah sukan tomoi Asia
Faizal Ramli
|
KOTA BHARU: Kelantan mencatat sejarah sukan tomoi Asia serta dunia, apabila anak jatinya, Faizal Ramli, 19, dari Pasir Puteh, mewakili Malaysia untuk rancangan realiti Contender Asia musim kedua yang diadakan di Kuala Lumpur, Jun.
Faizal yang menewaskan lawannya, Abdul Alif Mohd Zulkifli, 20-an, akan bersama juara Ultimate Warrior 2007, Bernard Radin, 37, dari Sarawak mewakili Malaysia dalam acara itu yang membabitkan 16 peserta seluruh dunia.
Kedua-dua peserta berpeluang meraih hadiah juara RCA hampir RM1 juta, jika berjaya pada perlawanan akhir.
Faizal berkata, untuk mencipta kemenangan berprestij ini, dia mengadakan latihan di Bangkok selama empat bulan.
"Bagi mengharumkan nama Malaysia, saya berusaha bersungguh-sungguh walaupun terpaksa berhadapan jaguh tomoi yang hebat dari pelbagai negara nanti," katanya selepas menjuarai Contender Asia musim kedua, di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, malam kelmarin.
Lapan peserta tomoi tempatan terbabit dalam acara pemilihan mewakili Malaysia ke Contender Asia.
Pemenang akan terkenal pada peringkat antarabangsa melalui rancangan itu yang disiarkan ke 50 negara dan ditonton 1.2 bilion orang menerusi saluran AXN dan saluran televisyen lain.
Rancangan ini bukan saja memaparkan unsur seni mempertahankan diri, malah menyediakan cabaran, emosi, inspirasi dan motivasi.
Sementara itu, Bernard berkata, masalah fizikal tidak menjadi halangan kepada peserta daripada Malaysia untuk mencipta kejayaan dalam RCA itu.
"Bagi berhadapan dengan lawan, persediaan dilakukan lebih awal dengan membuat kajian terhadap biodata lawan dan kebanyakan mereka adalah kenalan kami yang bersama terbabit dalam sukan berkenaan. Ini membolehkan kami mengetahui kekuatan serta kelemahan mereka.
"Untuk pertandingan akhir RCA ini, saya dan Faizal serta rakan lain akan menjalani latihan selama dua minggu di Bangkok, bermula esok" katanya.
UTUSAN
Malaysia tuan rumah The Contender Asia 2
25/04/2009 6:10pm
KOTA BHARU 25 April — Dua jaguh negara bakal menyertai pertandingan realiti TV Muay Thai, The Contender Asia 2 (TCA) untuk beradu kejaguhan dengan 18 jaguh Muay Thai musim ini.
Mereka ialah Bernard Radin, 36, dari Sarawak dan Faizal Ramli, 19, dari Kelantan yang berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam pertandingan akhir Kejohanan Tomoi Super 8 di Kompleks Belia dan Sukan di sini semalam.
Kejohanan Tomoi Super itu anjuran Majlis Muay Thai Sedunia dengan kerjasama Persatuan Sukan Tomoi Kelantan dan Pertubuhan Muay Thai Amatutr Antarabangsa, adalah bagi bagi memilih wakil Malaysia untuk menyertai rancangan Contender Asia.
Penerbit Eksekutif TCA, Riaz Mehta berkata, lebih menarik rancangan realiti musim kedua itu ialah apabila bukan sahaja mendapat wakil daripada Malaysia buat julung kali untuk menyertainya tetapi juga pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah dan venue penggambaran yang akan bermula Jun depan sehingga perlawanan akhir pada Januari 2010.
“Adanya wakil dari Malaysia ketika negara ini dipilih menjadi tuan rumah sememangnya memberi satu bonus buat penonton di negara ini yang akan dapat menyaksikan kehebatan jaguh negara sendiri beradu tenaga dengan jaguh lain dari pelbagai negara.
“Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah kepada siri popular yang disaksikan oleh 500 juta penonton dari 40 buah negara ini adalah kerana landskap yang sesuai untuk latihan serta jumlah peminat seni tomoi yang ramai di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas Kejohanan Tomoi Super itu.
Beliau berkata, pihaknya yakin Malaysia mampu menyediakan lokasi latihan terbaik kepada semua peserta nanti.
“Sewaktu kami menerbitkan rancangan ini, kami dapat lihat dan menjangkakan satu musim yang menakjubkan bakal berlaku kepada jaguh dan penonton keseluruhannya jika rancangan ini diadakan di Malaysia,” katanya.
Riaz berkata, Malaysia dipilih selepas syarikat milik bumiputera, Osys Group Sdn Bhd berjaya memenangi bidaan bernilai lebih RM3 juta menewaskan negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia, Macau dan Thailand.
Menurutnya, musim kedua TCA ini dijangka akan ditontoni lebih 1.2 bilion penonton kerana ia akan disiarkan ke 50 buah negara melalui siaran AXN.
Malaysia Tuan Rumah The Contender Asia 2
KOTA BAHARU, 25 April (Bernama) -- Dua jaguh negara bakal menyertai pertandingan realiti TV Muay Thai, The Contender Asia 2 (TCA) untuk beradu kejaguhan dengan 18 jaguh Muay Thai musim ini.
Mereka ialah Bernard Radin, 36, dari Sarawak dan Faizal Ramli, 19, dari Kelantan yang berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam pertandingan akhir Kejohanan Tomoi Super 8 di Kompleks Belia dan Sukan di sini semalam.
Kejohanan Tomoi Super itu anjuran Majlis Muay Thai Sedunia dengan kerjasama Persatuan Sukan Tomoi Kelantan dan Pertubuhan Muay Thai Amatutr Antarabangsa, adalah bagi bagi memilih wakil Malaysia untuk menyertai rancangan Contender Asia.
Penerbit Eksekutif TCA, Riaz Mehta berkata, lebih menarik rancangan realiti musim kedua itu ialah apabila bukan sahaja mendapat wakil daripada Malaysia buat julung kali untuk menyertainya tetapi juga pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah dan venue penggambaran yang akan bermula Jun depan sehingga perlawanan akhir pada Januari 2010.
"Adanya wakil dari Malaysia ketika negara ini dipilih menjadi tuan rumah sememangnya memberi satu bonus buat penonton di negara ini yang akan dapat menyaksikan kehebatan jaguh negara sendiri beradu tenaga dengan jaguh lain dari pelbagai negara.
"Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah kepada siri popular yang disaksikan oleh 500 juta penonton dari 40 buah negara ini adalah kerana landskap yang sesuai untuk latihan serta jumlah peminat seni tomoi yang ramai di negara ini," katanya kepada pemberita selepas Kejohanan Tomoi Super itu.
Beliau berkata, pihaknya yakin Malaysia mampu menyediakan lokasi latihan terbaik kepada semua peserta nanti.
"Sewaktu kami menerbitkan rancangan ini, kami dapat lihat dan menjangkakan satu musim yang menakjubkan bakal berlaku kepada jaguh dan penonton keseluruhannya jika rancangan ini diadakan di Malaysia," katanya.
Riaz berkata, Malaysia dipilih selepas syarikat milik bumiputera, Osys Group Sdn Bhd berjaya memenangi bidaan bernilai lebih RM3 juta menewaskan negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia, Macau dan Thailand.
Menurutnya, musim kedua TCA ini dijangka akan ditontoni lebih 1.2 bilion penonton kerana ia akan disiarkan ke 50 buah negara melalui siaran AXN.
Beliau berkata, 18 peserta terpilih daripada 17 negara akan bertanding merebut tali pinggang dan wang tunai bernilai lebih RM800,000.
Timbalan Presiden Majlis Muay Thai Sedunia (WMC), Stephen Fox berkata, beliau yakin Malaysia mempunyai lebih banyak tarikan berbanding Singapura yang menjadi tuan rumah musim pertama siri tersebut.
Menurutnya, negara ini mempunyai lebih banyak keunikan seperti pantai, hutan dan lokasi-lokasi menarik yang juga boleh dipromosikan kepada dunia luar selain semangat penonton negara ini terhadap seni tomoi yang begitu menggalakkan.
Sementara itu, kedua-dua jaguh Malaysia yang bakal menyertai rancangan tersebut melahirkan rasa gembira dan teruja untuk menjulang nama baik Malaysia ke mata dunia dan menjanjikan kejayaan buat seluruh peminat seni Muay Thai di negara ini.
"Saya gembira dengan peluang ini kerana inilah cita-cita saya sejak menceburkan diri dalam seni ini enam tahun lalu. Saya pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bawa kejayaan pada negara Malaysia khususnya," kata Faizal.
2 comments:
Great news! Let them bring glory to Malaysia.
bernard pun lawan dalam super 8?
Post a Comment