Tuesday, April 28, 2009

Ejo-Malaysian Tigers vs Farid Thailand

Ejo is a really good fighter with great potential, unfortunately there aren't many fighters in his weight category. Pound for pound Ejo definately is one of our best fighters!



Ejo adalah salah seorang peninju kami yang amat berbakat dan antara yang terbaik.

Ali vs Cup Lion of Thailand


Lets not forger our undercard fights. Here we have Ali of the Malaysian Tigers vs Cup Lion of Thailand.



Jangan kami lupakan acara sokongan pada malam Contender Qualifier di Kota Bharu, Kelantan-Video clip ini menunjukkan Ali vs Cup Lion dari Thailand.

Here are the results of our Qualifier Event and also the Undercard fights

The Contender Asia II, Malaysian Qualifier

The winners are marked in blue/Pemenang ditanda biru

Fight 1
Mat Ropi-Singa Muda, WMC Gym Malaysia
vs
Nasir Saad-Langkawi

Super 8-First Fight
Fight 2
Kudin-Malaysian Tigers

vs

Tengku-Shahrizal PDRM

Fight 3
Alif-Boxxwarriors

vs

Hashim Ramli-Kelab Tomoi Kayu Kelat

Fight 4
Wes Jaya-Boxxwarriors

vs

Azwan-M150

Fight 5
Faizal-Malaysian Tigers

vs

Khoo Meng Yang


Undercard Fight

Fight 6
Ejo-Mohd Sukri Hasan,Malaysian Tigers
vs
Farid-Pulau Tokan Thailand

Super 8-Second Fight
Fight 7
Alif-Boxxwarriors

vs

Tengku Shahrizal PDRM

Fight 8
Wes Jaya-Boxxwarriors

vs

Faizal Ramli-Malaysian Tigers

Undercard Fights
Fight 9
Ismail Ramli-Malaysian Tigers
vs
Nethin-Pulau Tokan Thailand

Fight 10
Mohd Ali Yaakub-Malaysian Tigers
vs
Cup Lion-Thailand

Fight 11

Winner of the Super 8-

Faizal Ramli-Malaysian Tigers
vs
Alif-Boxxwarriors

Prize Giving Ceremony


Fight 12
Ikhwan- Kete Kebal, WMC Gym Malaysia
vs
Ashraf-Langkawi

Fight 13
Mat Koro-Kebal Lanun, WM Gym Malaysia
vs
Iwan Simpang Tumpat

Fight 14
Amin-Semerah Padi, WMC Gym Malaysia
vs
Md Amir Firdaus

Fight 15-Last Fight
Zeri-Malaysian Tigers
vs
Azmi-Pulau Tokan Thailand

Monday, April 27, 2009

Faizal vs Alif

Here's the video of Faizal vs Alif in the finals of the Contender Asia II Malaysian Qualifier.

Faizal vs Wes Jaya-Semi finals

Contender Asia Season 2 list of confirm fighters for now


News Update-
Here's the latest list of confirmed fighters for Contender Asia Season II-
Eli Madigan - AUS
Jordan Watson – UK
Rafi Zouheir – SPA
Bakhalule- SA
Cerdic Mueller – FRA
Saro Presti – ITA
Hueng Pak Wing – CHI
Marcus Oberg – SWE
Levin Artem – RUS
Bernard Radin – MLY
Marco Pique – Surinam
Malaipet or Madsua – THA
Jesse Miles - CAN
Faizal Ramli - MLY

Faizal vs Khoo Meng Yang

This video shows Faizal's first fight of the Contender Asia Malaysian Qualifier-





Next I will post his semi final fight then the finals.

Sunday, April 26, 2009

Mega Superfight to be held in KL!!!!!!

Breaking News!!!!

We will be organising a bigger than big International Superfight in Kuala Lumpur sometime late September/October (after Hari Raya). Which will feature the Worlds best Muaythai fighters......................Yodsenklai, Buakaw.............John Wayne Parr.



Yodsenklai


Buakaw

John Wayne Parr

Kami akan menganjurkan Kejohanan Muaythai yang terbesar pernah dilangsungkan di Malaysia. Antara peninju handalan yang akan beraksi di Kuala Lumpur adalah Yodsenklai, Buakaw dan juga John Wayne Parr.

AXN cover our Event.

The crew from AXN were covering our event. Soon Malaysian Muay Thai will be viewed worldwide!!! Thanks AXN and Contender Asia for putting our Malaysian Muay Thai on the World scene.
Bernard Radin helping out Sam,the Contender Asia Production Manager, with translations for the Athletes who don't speak English.

The AXN film crew. On the right is Ridzuan and to the left with the long hair is Jimmy.

The Super 8

From left-Khoo Meng Yang,Hashim Ramli, Tengku Shahrizal-semi finalist, Faizal Ramli-Champion and Contender Asia Qualifier, Alif-finalist, Wes Jaya-semi finalist, Azwan and Kudin.

In the news!!

Two Malaysian Muay Thai Exponents Qualify To Contest 'Contender Asia 2' Title

KOTA BAHARU, April 25 (Bernama) -- Two Malaysian Muay Thai exponents did the country proud after being selected among 18 foreign exponents to contest in this season's "The Contender Asia 2" (TCA) reality TV combat show.

Bernard Radin, 36, from Sarawak and Faizal Ramli, 19, from Kelantan earned their ticket after beating their respective opponents in the finals of the Super Muay Thai championship at the Youth and Sports Complex here yesterday.

TCA executive producer Riaz Mehta said it was the first time Malaysian exponents had gained selection for the popular reality TV show and more significant was the fact that the Malaysia will be the venue for shooting the programme.

"The presence of Malaysian exponents in the popular show that has about 500 million viewers in more than 40 countries through the AXN channel, will be an added bonus to local Muay Thai fans. The show will start in June while the final is scheduled for January 2010," said Mehta.

Mehta added that the 18 contestants from 17 countries will be vying for coveted belt and RM800,000 total prize money.

Meanwhile, Faizal who had been competing in Muay Thai competitions for the past six years said he was both delighted and determined to do well in the show.

-- BERNAMA
BERITA HARIAN

Faizal Ramli berusia 19 tahun… anak muda ini berasal dari Pasir Puteh, Kelantan…

Tak lama lagi, Faizal pastinya akan terkenal bukan saja di negara ini, tetapi di dunia kerana dia terpilih mewakili Malaysia bagi menyertai 17 peserta lain dalam rancangan realiti, The Contender Asia 2 (TCA2) yang akan diadakan Jun nanti.

Aksi Faizal mengasak lawan

Aksi Faizal mengasak lawan

Turut layak mewakili Malaysia dalam rancangan yang disaksikan 500 juta penonton seluruh dunia itu adalah Bernard Radin, 36, dari Sarawak bagi merebut tali pinggang dan wang tunai bernilai hampir RM1 juta.

Mereka berdua layak selepas menewaskan lawan masing-masing dalam pertandingan akhir Kejohanan Tomoi Super 8 di Kompleks Belia dan Sukan, Panji, Kota Bharu.

Faizal menumbangkan lawan

Faizal menumbangkan lawan

Lebih menarik rancangan realiti itu bukan saja mendapat wakil dari Malaysia buat julung kali, tetapi juga pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah dan venue penggambaran yang akan bermula Jun depan sehingga perlawanan akhir pada Januari 2010.

Malaysia dipilih selepas syarikat milik Bumiputera, Osys Group Sdn Bhd berjaya memenangi bidaan bernilai lebih RM3 juta menewaskan negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia, Macau dan Thailand.

Musim kedua TCA ini dijangka akan ditontoni lebih 1.2 bilion penonton kerana ia akan disiarkan ke 50 buah negara melalui siaran AXN.

“Bagi mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asia serta global, saya akan berusaha bersungguh-sungguh walaupun terpaksa berdepan dengan jaguh tomoi yang hebat dari pelbagai negara nanti,” katanya yang mula terlibat dengan Muay Thai dan Tomoi sejak berusia 13 tahun.

Bernard (kiri) dan Faizal

Bernard (kiri) dan Faizal

Sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir nanti, Bernard dan Faizal akan menjalani latihan selama dua minggu di Bangkok, bermula hari ini.

Pix by Fathil (photographer nstp)

BERITA HARIAN

Faizal catat sejarah sukan tomoi Asia



Faizal Ramli

KOTA BHARU: Kelantan mencatat sejarah sukan tomoi Asia serta dunia, apabila anak jatinya, Faizal Ramli, 19, dari Pasir Puteh, mewakili Malaysia untuk rancangan realiti Contender Asia musim kedua yang diadakan di Kuala Lumpur, Jun.

Faizal yang menewaskan lawannya, Abdul Alif Mohd Zulkifli, 20-an, akan bersama juara Ultimate Warrior 2007, Bernard Radin, 37, dari Sarawak mewakili Malaysia dalam acara itu yang membabitkan 16 peserta seluruh dunia.

Kedua-dua peserta berpeluang meraih hadiah juara RCA hampir RM1 juta, jika berjaya pada perlawanan akhir.

Faizal berkata, untuk mencipta kemenangan berprestij ini, dia mengadakan latihan di Bangkok selama empat bulan.

"Bagi mengharumkan nama Malaysia, saya berusaha bersungguh-sungguh walaupun terpaksa berhadapan jaguh tomoi yang hebat dari pelbagai negara nanti," katanya selepas menjuarai Contender Asia musim kedua, di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, malam kelmarin.

Lapan peserta tomoi tempatan terbabit dalam acara pemilihan mewakili Malaysia ke Contender Asia.

Pemenang akan terkenal pada peringkat antarabangsa melalui rancangan itu yang disiarkan ke 50 negara dan ditonton 1.2 bilion orang menerusi saluran AXN dan saluran televisyen lain.

Rancangan ini bukan saja memaparkan unsur seni mempertahankan diri, malah menyediakan cabaran, emosi, inspirasi dan motivasi.

Sementara itu, Bernard berkata, masalah fizikal tidak menjadi halangan kepada peserta daripada Malaysia untuk mencipta kejayaan dalam RCA itu.

"Bagi berhadapan dengan lawan, persediaan dilakukan lebih awal dengan membuat kajian terhadap biodata lawan dan kebanyakan mereka adalah kenalan kami yang bersama terbabit dalam sukan berkenaan. Ini membolehkan kami mengetahui kekuatan serta kelemahan mereka.

"Untuk pertandingan akhir RCA ini, saya dan Faizal serta rakan lain akan menjalani latihan selama dua minggu di Bangkok, bermula esok" katanya.

UTUSAN

Malaysia tuan rumah The Contender Asia 2

25/04/2009 6:10pm

KOTA BHARU 25 April — Dua jaguh negara bakal menyertai pertandingan realiti TV Muay Thai, The Contender Asia 2 (TCA) untuk beradu kejaguhan dengan 18 jaguh Muay Thai musim ini.

Mereka ialah Bernard Radin, 36, dari Sarawak dan Faizal Ramli, 19, dari Kelantan yang berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam pertandingan akhir Kejohanan Tomoi Super 8 di Kompleks Belia dan Sukan di sini semalam.

Kejohanan Tomoi Super itu anjuran Majlis Muay Thai Sedunia dengan kerjasama Persatuan Sukan Tomoi Kelantan dan Pertubuhan Muay Thai Amatutr Antarabangsa, adalah bagi bagi memilih wakil Malaysia untuk menyertai rancangan Contender Asia.

Penerbit Eksekutif TCA, Riaz Mehta berkata, lebih menarik rancangan realiti musim kedua itu ialah apabila bukan sahaja mendapat wakil daripada Malaysia buat julung kali untuk menyertainya tetapi juga pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah dan venue penggambaran yang akan bermula Jun depan sehingga perlawanan akhir pada Januari 2010.

“Adanya wakil dari Malaysia ketika negara ini dipilih menjadi tuan rumah sememangnya memberi satu bonus buat penonton di negara ini yang akan dapat menyaksikan kehebatan jaguh negara sendiri beradu tenaga dengan jaguh lain dari pelbagai negara.

“Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah kepada siri popular yang disaksikan oleh 500 juta penonton dari 40 buah negara ini adalah kerana landskap yang sesuai untuk latihan serta jumlah peminat seni tomoi yang ramai di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas Kejohanan Tomoi Super itu.

Beliau berkata, pihaknya yakin Malaysia mampu menyediakan lokasi latihan terbaik kepada semua peserta nanti.

“Sewaktu kami menerbitkan rancangan ini, kami dapat lihat dan menjangkakan satu musim yang menakjubkan bakal berlaku kepada jaguh dan penonton keseluruhannya jika rancangan ini diadakan di Malaysia,” katanya.

Riaz berkata, Malaysia dipilih selepas syarikat milik bumiputera, Osys Group Sdn Bhd berjaya memenangi bidaan bernilai lebih RM3 juta menewaskan negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia, Macau dan Thailand.

Menurutnya, musim kedua TCA ini dijangka akan ditontoni lebih 1.2 bilion penonton kerana ia akan disiarkan ke 50 buah negara melalui siaran AXN.

Malaysia Tuan Rumah The Contender Asia 2

KOTA BAHARU, 25 April (Bernama) -- Dua jaguh negara bakal menyertai pertandingan realiti TV Muay Thai, The Contender Asia 2 (TCA) untuk beradu kejaguhan dengan 18 jaguh Muay Thai musim ini.

Mereka ialah Bernard Radin, 36, dari Sarawak dan Faizal Ramli, 19, dari Kelantan yang berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam pertandingan akhir Kejohanan Tomoi Super 8 di Kompleks Belia dan Sukan di sini semalam.

Kejohanan Tomoi Super itu anjuran Majlis Muay Thai Sedunia dengan kerjasama Persatuan Sukan Tomoi Kelantan dan Pertubuhan Muay Thai Amatutr Antarabangsa, adalah bagi bagi memilih wakil Malaysia untuk menyertai rancangan Contender Asia.

Penerbit Eksekutif TCA, Riaz Mehta berkata, lebih menarik rancangan realiti musim kedua itu ialah apabila bukan sahaja mendapat wakil daripada Malaysia buat julung kali untuk menyertainya tetapi juga pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah dan venue penggambaran yang akan bermula Jun depan sehingga perlawanan akhir pada Januari 2010.

"Adanya wakil dari Malaysia ketika negara ini dipilih menjadi tuan rumah sememangnya memberi satu bonus buat penonton di negara ini yang akan dapat menyaksikan kehebatan jaguh negara sendiri beradu tenaga dengan jaguh lain dari pelbagai negara.

"Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah kepada siri popular yang disaksikan oleh 500 juta penonton dari 40 buah negara ini adalah kerana landskap yang sesuai untuk latihan serta jumlah peminat seni tomoi yang ramai di negara ini," katanya kepada pemberita selepas Kejohanan Tomoi Super itu.

Beliau berkata, pihaknya yakin Malaysia mampu menyediakan lokasi latihan terbaik kepada semua peserta nanti.

"Sewaktu kami menerbitkan rancangan ini, kami dapat lihat dan menjangkakan satu musim yang menakjubkan bakal berlaku kepada jaguh dan penonton keseluruhannya jika rancangan ini diadakan di Malaysia," katanya.

Riaz berkata, Malaysia dipilih selepas syarikat milik bumiputera, Osys Group Sdn Bhd berjaya memenangi bidaan bernilai lebih RM3 juta menewaskan negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia, Macau dan Thailand.

Menurutnya, musim kedua TCA ini dijangka akan ditontoni lebih 1.2 bilion penonton kerana ia akan disiarkan ke 50 buah negara melalui siaran AXN.

Beliau berkata, 18 peserta terpilih daripada 17 negara akan bertanding merebut tali pinggang dan wang tunai bernilai lebih RM800,000.

Timbalan Presiden Majlis Muay Thai Sedunia (WMC), Stephen Fox berkata, beliau yakin Malaysia mempunyai lebih banyak tarikan berbanding Singapura yang menjadi tuan rumah musim pertama siri tersebut.

Menurutnya, negara ini mempunyai lebih banyak keunikan seperti pantai, hutan dan lokasi-lokasi menarik yang juga boleh dipromosikan kepada dunia luar selain semangat penonton negara ini terhadap seni tomoi yang begitu menggalakkan.

Sementara itu, kedua-dua jaguh Malaysia yang bakal menyertai rancangan tersebut melahirkan rasa gembira dan teruja untuk menjulang nama baik Malaysia ke mata dunia dan menjanjikan kejayaan buat seluruh peminat seni Muay Thai di negara ini.

"Saya gembira dengan peluang ini kerana inilah cita-cita saya sejak menceburkan diri dalam seni ini enam tahun lalu. Saya pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bawa kejayaan pada negara Malaysia khususnya," kata Faizal.

Followers