Tuesday, June 23, 2009

Berita Harian

Malaysia tuan rumah The Contender Asia

KUALA LUMPUR : Malaysia dipilih sebagai tuan rumah kepada program realiti Hollywood, The Contender Asia musim kedua, apabila syarikat Bumiputera, Kumpulan Osys, memenangi bidaan RM3.5 juta mengalahkan lima negara iaitu Amerika Syarikat, Macau, Thailand, Singapura dan Australia.


Program realiti yang menjadikan Singapura lokasi penggambaran pertama tahun lalu itu akan membawa peserta ke 11 lokasi di negara ini iaitu di Gua Mulu, Pulau Langkawi, A Famosa Melaka, Batu Caves, Terengganu, Pulau Pinang, Istana Kellie di Perak.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, The Contender Asia itu dilihat mampu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan berikutan program realiti yang diperkenalkan tahun lalu itu dijangka ditontoni 1.2 bilion penonton di seluruh dunia.


“Saya percaya menjadi hos The Contender Asia dapat membantu dalam usaha ini,” katanya, semalam.

No comments:

Followers